“-Kecoh Dijemput Masuk TV, Ibu Tampil Pertahankan Kak Long-“ Yakin Kak Long Dapat Harumkan Nama Negara

“-Kecoh Dijemput Masuk TV, Ibu Tampil Pertahankan Kak Long-“ Yakin Kak Long Dapat Harumkan Nama Negara

KETIKA isu amukan di kedai serbaneka 7Eleven hampir reda, nama Kak Long atau Wan Nor Baizura sekali lagi menjadi perbualan gara-gara kehadirannya ke stesen TV Al Hijrah pada Isnin.


Ketika dihubungi mStar, wanita dari Terengganu yang berusia 34 tahun itu mendedahkan sudah berada di ibu negara sejak Ahad bagi memenuhi jemputan berkenaan.


Jelas Kak Long, dia peka dengan kecaman berterusan yang dilemparkan netizen terhadap dirinya, pihak produksi serta Pencetus Ummah (PU) Amin selaku pengacara rancangan, namun berharap ia dihentikan segera.


“Kak Long dah sampai sini pada hari Ahad… datang dengan suami, anak-anak, anak saudara dan mak. Datang untuk rakaman program semalam.


“Saya terharu bila dijemput. Sebelum ini, saya dah rasa kecewa dengan kecaman berterusan, saya fikir rezeki saya akan tersekat. Tapi, Allah uji saya macam ni pun, rezeki tak putus.


“Sudah-sudah kecam saya, TV Al Hijrah dan PU Amin. Saya mohon netizen hentikan kecaman terhadap TV Al Hijrah dan PU Amin. Saya nak hidup bebas. Kes dengan 7Eleven pun dah berakhir,” ujar Kak Long.


Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dia juga berharap namanya akan sepi daripada sebarang kecaman memandangkan bulan suci Ramadan bakal membuka tirainya tidak lama lagi.



ⓘ ADVERTISEMENT



“Tak lama lagi dah nak puasa. Saya tak nak baca kecaman bila dah dekat nak puasa. Saya nak jalani hidup normal. Saya kena berniaga dan teruskan hidup dengan suami serta anak-anak. Kesian anak-anak saya.


“Sejujurnya saya dah penat. Saya banyak kerja lagi nak buat. Kita ni orang Islam. Saya risau orang yang benci saya, suatu hari nanti mereka jadi sayang pula kepada saya,” ujar Kak Long lagi.


Sementara itu, ibu Kak Long yang dikenali sebagai Kamsah Haizam, 54, turut menyeru netizen agar berhenti mengecam anaknya memandangkan kekecohan yang berlaku sudah lama selesai.


Menurut peniaga pasar yang juga ibu kepada tiga cahaya mata itu, dia faham situasi yang dihadapi Kak Long dan berharap ia reda dengan segera.



“Nak kata sedih, makcik tak sedih. Tapi Kak Long ni dia jenis tak pandai simpan benda-benda yang berlaku. Kalau ada masalah, dia akan terus selesaikan. Bila simpan, dia akan sakit kepala, sebab itu dia luah.


“Makcik faham perasaan dia. Dia ibu, makcik pun ibu. Makcik sendiri pun dapat banyak mesej lepas video Kak Long viral. Hal dah selesai, kenapa nak kecam?


“Makcik buka Facebook, nampak macam-macam cerita Kak Long. Ada juga orang yang kami kenal pun ikut mengecam termasuklah jiran dan kawan-kawan. Jadi makcik slide laju-laju Facebook tu.


“Masing-masing ada keluarga. Begitu juga Kak Long. Kesian, banyak benda dia nak kena uruskan. Tak apalah, makcik nak ucap terima kasih kepada sesiapa yang memahami. Yang kecam tu, selagi ada tangan dan mulut, biarlah mereka. Rezeki Kak Long mencurah-curah,” ujarnya.


Menurut Kamsiah lagi, dia juga beranggapan tidak salah anak sulungnya itu dijemput untuk muncul dalam rancangan TV.


“Masuk TV pun orang kecam lagi. Mestilah pihak mereka dah selidik dulu sebelum panggil Kak Long. Itu rezeki dia. Kak Long pun nak betulkan keadaan, dia pun ada masa depan.



ⓘ ADVERTISEMENT



“Makcik tahu Kak Long berbakat. Makcik doakan agar dia dapat mengharumkan nama negara suatu hari nanti,” ujarnya mengakhiri bicara.


Untuk rekod, nama Kak Long panas baru-baru ini apabila tular video amukannya di kedai 7Eleven dan restoran makanan segera KFC.


Biarpun sudah berulang kali memohon maaf dengan linangan air mata, sebilangan netizen masih tidak berhenti mengecam sehingga mengganggu emosi Kak Long sekeluarga.


Sumber: mstar

1 Ulasan

  1. cara didikan makcik tu salah membiarkan ank makcik mengejar glamour dgn mengaibkan orang lain . elokka??
    jika dah tau ank tu bermasalah . makcik sepatutnya nasihat. ingat dosa dengan allah allah boleh jer allah ampunkan ...tp dengan manusia... amat susah mrk juga ada hati dan perasaan . ank makcik sempurna tp tergamak buat ehekan atau persendakan yg serba kekurangan ??? . jangan penting diri sendiri.bila dah terjadi mcm ni dan bukan sy sahaja ramai yg x suka dgn cara ank makcik tu.. hebat ke makcik persendakan orang cacat makcik!!!! apa kami x de perasaan???? maaf makcik .. org lain yg normal pun x persendakan kami , tp ank makcik.. ni dah melampau

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama