Walaupun Duduk Rumah Tetap Rasa Cergas, Ikuti 5 Senaman Ringkas Ini

Walaupun Duduk Rumah Tetap Rasa Cergas, Ikuti 5 Senaman Ringkas Ini


Aktiviti harian kita terbatas disebabkan pendemik yang sedang melanda ni dunia sekarang, aktiviti harian kita terbatas.


Kurang berada di luar rumah selama dua minggu boleh menyebabkan ramai orang kurang aktif, tetapi itu bukan sebab alasan untuk tidak bersenam. 

 

Ini kerana walaupun di rumah kita masih boleh mengamalkan aktiviti fizikal ringan secara kerap, kerana ia penting untuk meningkatkan daya tahan badan. 

 

Kajian juga mendapati gaya hidup yang tidak sihat dan kurang bersenam boleh melemahkan imuniti badan dan mendedahkannya kepada virus berbahaya. 


ⓘ ADVERTISEMENT


 

 Apakah jenis pergerakan yang sesuai pada masa ini?


1. Regangan badan 

 

Elakkan duduk  di rumah tanpa melakukan apa-apa sepanjang hari dan cari aktiviti untuk dilakukan di rumah. Jika anda sangat malas, lakukan senaman regangan sekurang-kurangnya setiap dua jam. 

 

 2. Lompat Bertali 

 

Walaupun anda tidak boleh pergi ke gim dalam tempoh pendemik ini, anda masih boleh melakukan senaman yang cergas di rumah termasuk lompat bertali yang boleh meningkatkan daya tahan anda. Kenapa ia penting? sebab ia amat menyeronokkan! 

 

 3. Larian Setempat

 

Jogging atau larian setempat telah terbukti sebagai senaman yang baik untuk kesihatan jantung. Anda boleh melakukan ini semasa menonton TV atau mendengar muzik di rumah.


4. Jump Frog & Pushups 

 

Jump Frog iaitu lompat katak sangat mudah dan boleh dilakukan dalam masa 10 saat. Ia bagus untuk memanaskan badan dan sistem kardiovaskular anda, manakala tekan tubi bagus untuk menguatkan otot lengan dan dada anda. Tidak  mengambil masa yang lama, hanya 10-15 minit setiap sesi. 


ⓘ ADVERTISEMENT


 

5. Senamrobik dan Zumba 

 

Senaman aerobik dan Zumba boleh dilakukan di dalam dan di luar  rumah.Lebih menyeronokkan, senaman ini boleh dilakukan bersama ahli keluarga yang lain.


Selain itu, terdapat  aktiviti lain yang boleh dilakukan seperti berjalan-jalan di sekitar rumah atau naik turun tangga selama kira-kira 10 hingga 15 minit, sebaik-baiknya dua atau tiga kali sehari. 

 

Untuk lebih keseronokan, cari di YouTube untuk video tarian atau aerobik. 

 

Perkara yang paling penting ialah sentiasa  memberi perhatian kepada kebersihan diri dan memberi perhatian kepada langkah-langkah pencegahan, seperti, sentiasa basuh tangan, pakai topeng  dan jaga kebersihan diri.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama